Name:
Location: United States

Wednesday, June 25, 2008

daku se-ekor kambing

Its a great story and i found the moral of it, is awesome!

##########################################
"Lions for lambs"

Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang bersaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa.

Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.


Maka duhai anak-anakku, ketahuilah bahawa orang islam di zaman ayah kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud ayah dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…Tapi orang islam di zaman ayah kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.

Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…

Tapi kita masih terleka dan terlena…Maka ada baiknya kita bertanya diri masing-masing..

Kenapakah selama 13 tahun nabi Muhamamd SAW di mekkah, baginda tidak pernah membuat kerja mendapatkan ‘tanduk’, tapi Baginda hanya membuat Dakwah…Di mekkah Nabi SAW tak bina kekuatan tentera, tapi telah bina kekuatan iman melalui perantaran Dakwah.., kenapa?

Dan pada zaman ini? Ada tak mana-mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Dakwah ke atas Negara kapir seperti yang berlaku di zaman Kahlifah Al Rashiddin)
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
###########################################################

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home