
####################################################
Ustaz.... jika kita menumpang di rumah saudara/kawan selama 1 minggu kerana sesuatu urusan....
a) selama manakah hak kita sebagai tetamu ?
Hak tetamu itu tiga (3) hari, selepas itu ia menjadi sedeqah Dalil: HR Ahmad dan Abu Daud," apabila telah habis 3 hari 3 malamnya, maka apa yg diberikan kpd tetamu dianggap sedeqah."
b) apakah yang patut kita lakukan sebagai tetamu... ?
Sebagai tetamu anda hendaklah tahu/peka, bahawa melebihi tiga hari itu membebankan tuan rumah. Dalil: HR Bukhari-Muslim," Tidak halal bagi tetamu berdiam lama-lama di rumah (yg ditumpanginya) kerana ia membebankan tuanrumah."
c) jika kita tuan rumah apakah tanggungjawab kita terhadap tetamu ?
Tanggungjawab tuanrumah: -Pada hari pertama, tuan rumah hendaklah memberi jaizah (laukpauk yg special) - pada hari kedua dan ketiga, ia menghidangkan laukpauk yg biasa dimakan. Dalil: HR Abu Daud dan Ahmad," Barangsiapa yg beriman dengan Allah dan hari Akhir, hendaklah dia memuliakan tamunya dengan memberi jaizah." Para sahabat bertanya,"apakah itu jaizah, ya RasuluLlah?" Sabda Nabi," sehari semalan"
d) saya pernah terbaca bahawa dalam Islam tuan rumah hanya perlu melayan tetamunya dalam masa tiga hari sahaja.. Selepas itu dia tidak perlu lagi menyediakan makan minumnya...apakah betul ?
Tiga hari itu mengikut JUMHUR sebagai hak tamu. Ia bukan wajib tapi sunat (sunnah yg dikukuhkan, akhlak karimah dan kebajikan dalam agama). Umar alKhattab ra mewajibkan hak tamu (Majmu') dan Imam Laits berpendapat wajib hanya hari pertama (Syarah Muslim Nawawi 1/333)
Selepas 3 hari, mengikut hadis di atas ia menjadi sedeqah
f) apakah adik-beradik juga dikira sebagai tetamu ?
Adik-beradik bukan tamu menurut uruf.
##########################################################
nota kaki :
+ tetamu juga perlu diberi tempat tidur dan keselamatan..
+Ada hadith bagitahu, orang datang bertamu akan memberkatkan rezeki kita dan bila mereka pulang, dosa kita juga akan pergi sama....mudah2anP/P/S: lately im buzy with DA and weekends was always fully booked....heheehe.. went to Hildesheimer, had bbq with Hannoverana and umies aka peminat no.1 aizat was here too..
Then my satay partnership got fever....wa2 too.. semoga sume org cepat sembuhhhhhh ..
Labels: a beautiful reminder